Monday, January 31, 2011

Kek Cokelat

Assalamualaikum..

Siapa kat sini suka masak? Kalau ada masa terluang memang saya suka masak Saya suka tengok-tengok resepi kt internet. Saya cuba-cuba resepi yang baru. Kita juga akan lebih suka memasak kalau ada orang yang menghabiskan apa yang kita masak;-) kalau ada yang puji masakan kita, lagi kita bersemangat nak masak. betul kan, wahai isteri-isteri sekalian..Jadi wahai suami di luar sana, rajin-rajinlah anda puji isteri anda apabila dia sediakan masakan untuk anda. Semangat mereka akan berkobar-kobar untuk memasak kpd anda;-). lebih dia  gembira kalau anda sudi menyinsing lengan tolong dia memasak di dapur. 

Jadi, hari minggu yang lalu, saya dan suami tak kemana-mana, tambah2 sekarang ni musam hujan. Jadi, saya masuk dapur, tengok apa bahan yang ada. apa yang boleh dibuat. cari punya cari, tengok serbuk koko masih berbaki. Jadi saya putuskan untuk buat Kek Cokelat untuk santapan minum petang kami. Tambahan adik ipar pun ada. Bolehla saya menjamu dia sekali.

KEK COKELAT
Sudah tinggal separuh...
Nak resepi? Boleh...

Bahan-bahan:

  1. Tepung gandum 2 cawan
  2. Gula halus 2 cawan
  3. Serbuk koko 2 cawan
  4. Minyak masak 1 cawan
  5. Air panas 1 cawan
  6. Susu pekat 1 tin
  7. Telur 5 biji
  8. Baking powder 1 sudu teh
  9. Serbuk Bikarbonat 1 sudu teh
  10. sedikit esen vanilla
Cara:
Sediakan pengukus. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat dalam satu bekas,gaul sebati.  Masukkan gula ditengah2 tepung tadi dan masukkan telur satu persatu. kacau sebati. masukkan susu dan minyak. Kacau. Akhir sekali masukkan air panas. Tuang dalam loyang yang disapu butter. Kukus hingga masak. Lebih kurang satu jam lebih. 

Selamat Mencuba!


Wednesday, January 26, 2011

Khasiat Ayat Kursi

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.


Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

    ~Semoga ayat Kursi menjadi amalan dalam hidup kita seharian~

Sunday, January 23, 2011

Kasih Sayang Berpanjangan




Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi keizinan untuk saya menitipkan sesuatu di blog ini buat pertama kali. Bukan senang untuk meng'ada'kan masa yang selalu mengejar kita dan kita juga mengejar masa dalam menjalankan tanggungjawab kepada Nya, tugas sebagai seorang isteri dan wanita yang bekerja.

saya mahu bercakap mengenai kasih sayang. apa itu kasih dan sayang? Rasa kasih sayang ialah cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada seseorang yang lain. Atau kepada selain manusia yakni benda-benda dan makhluk-makhluk lain. Contohnya sebagaimana saya telah jatuh kasih terhadap sang Leo (kucing) yang sekarang sudah seminggu menghilangkan diri. Kehilangannya amat terasa kerana saya sudah menganggap dia seperti sebahagian keluarga kami.


Dia lah peneman saya tatkala saya keseorangan ditinggal suami atas urusan kerja.Walaupun Leo tidak boleh berkata-kata dia seolah-olah faham apa yang diperkata oleh tuannya. Tapi itu hanyalah secebis kenangan bersama Leo. Pada mulanya, saya tidaklah menggemari kucing. Disebabkan suami sangat suka akan kucing, dia tealh diberikan kucing oleh kawannya. Dengan itu, mulalah kehidupan Leo bersama kami.

Pada hari pertama, saya amat geram hingga menangis. hahaha.. sebab.. Leo telah membuang najisnya ditempat yang tidak sepatutnya. Di atas tilam kami. Adoi, betapa penatnya saya. Mungkin Leomasih belum membiasakan diri di tempat yang baru. Tapi itu untuk waktu itu sahaja. Leo tidak lagi membuang najisnya merat-rata sebab kami telah membeli 'tandas' untuknya dan disitulah tempat dia 'membuang' tiap-tiap pagi sebelum kami ke tempat kerja. Pernah dulu Leo menghilang selama sebulan. Puas dicari tak jumpa, akhirnya kami melihat kelibat Leo dikawasan kejiranan. Kami bawa Leo balik, keadaannya tidak berapa sihat dan kami bawanya ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Rupa-rupanya Leo demam dan kakinya dijangkiti kuman. berkudis dan busuk. uwekk!.

Tapi kami tetap menjaganya sebab kami sudah jatuh kasih terhadap Leo.Kalau singgah di supermarket, makanan untuk leo juga tidak pernah dilupakan. Syampoo juga tidak lupa. Untuk keselesaan leo dan kami juga. Leo wajib dimandikan pada hujung minggu. Kami juga akan bawa leo balik kampung. tidak sampai hati untuk kami tinggalkan dia keseorangan. takut leo tak pandai cari makan. walhal leo adalah seekor kucing yang secara semulajadi dicipta olehNya untuk hidup sendiri.

Tapi leo bertuah, mendapat kasih sayang manusia sejak lahirnya. Begitulah nilai kasih saying yang Allah berikan kepada manusia. Kasih dan sayang itu seharusnya diharga oleh kita makhluk ciptaanNya yang sempurna. Dengan adanya kasih dan sayang, segala pengorbanan dibuat secara ikhlas dan tiada paksaan. ia akan menimbulkan rasa bahagia di hati kita dan menambah rasa cinta di dalam diri.

Marilah kita sama-sama menghargai org sekeliling kita dengan penuh kasih dan sayang. sayang pada suami. sayang pada isteri. sayang pada ibu bapa. sayang pada saudara. Saying pada semua makhuk ciptaan Nya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri”

semasa Leo sakit kaki;-)



Makhluk Allah yang dikurniakan perasaan ingin dimanja



Missing and wanted!