Monday, April 25, 2011
Last nite with my Lovely Hubby
Friday, April 22, 2011
Teknologi yang melalaikan
Monday, April 11, 2011
Perlawanan Bola Tampar
Saturday, April 09, 2011
I MISS U SO MUCH!
Wednesday, March 30, 2011
Drama Korea:Channel One HD 393
* copy dr suami punye; tp membawa maksud yang sama..hahaha (mood: x brape rajin ok!!)
Saya baru saja melanggan Astro Beyond.Terdapat beberapa channel tambahan yang menarik dalam saluran definisi tinggi (HD).Seperti National Geographic HD,Lifestyle HD,AXN HD,History HD dan banyak lagi yang ada HD dibelakangnya(Boleh semak di Web Astro).
Tapi kat sini bukanlah saya nak bercerita pasal AstroBeyond.Saya cuma nak kongsi pengalaman menarik yang terjadi pada kami (saya&isteri).Salah satu daripada chanel dalam Astro Beyond telah mencetuskan fenomena ialah One HD Chanel (393).Saluran ini khas untuk peminat drama dan hiburan Korea.Sekarang ini Korea Pop tengah naik.
Saya bukanlah layan sangat drama-drama Korea ni dulu,namun setelah beberapa kali menonton,saya mula mendapati beberapa simptom-simptom keasyikan menular dalam diri saya.Saya merasakan satu keinginan yang amat mendesak untuk terpacak didepan tv setiap kali ianya bersiaran.
Sign - 9.05 malam Alhamdullilah,setakat ini saya masih mampu menghadapinya.
Saya berasa risau kerana saya tidak pasti samada ianya sesuatu perlakuan yang normal bagi peminat-peminat drama Korea.Dikhabarkan juga,keasyikan ini lebih mudah melanda kepada wanita.Rakan setugas saya pernah memberitahu yang isteri dan anak perempuannya pernah seharian terpacak depan tv semata-mata untuk melayani marathon drama-drama ini.
Akhir kata,walaupun saya adalah seorang peminat kehidupan haiwan dan sejarah (National Geographic/History ) At least saya kini sudah jadi peminat setia Girl Generation. |
Friday, March 18, 2011
Yummy!!
Juwita said: Sedapp Na..ko buat..camane ko buat??
-
--
---
Ain said: ..sedap..kak nak resepi..
-
-
-------
:-)
Puding Roti Yummy!!
4 sudu butter
1 1/2 cawan gula
5 biji telur
2 cawan susu full cream
6 sudu susu tepung + 2 cawan air
sikit esen vanilla
kismis
Roti 14 keping.
-
--
-------
pukul telur, gula dan butter
masukkan susu full cream, susu tepung
masuk esen vanilla..kacau rata
curahkan ke ats roti yang disusun dalam loyang
rendam satu jam
tabur kismis
bakar 1/2 jam pada suhu 160c
Cubalah. Pasti akan ada kali kedua;-)
Friday, February 25, 2011
Cetusan buat suami
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..