Petang semalam masa ronda-ronda keliling taman naik motor ( menjadi kebiasaan kalau masa petang free) ;-), my lovely hubby tanya nak keluar tak malam ni? saya pon tanya semula, nak ke mane? jom layan movie, kata dia. Jadi selepas solat maghrib, kami keluar ke Melaka Mall, Ayer Keroh.Tengok parking, tak banyak kereta, emm tak ramai orang. Mungkin sebab hari isnin, orang lain dah keluar hari minggu agaknya. kami terus naik lift menuju ke MBO kt tingkat 3. juga tak ramai orang. tak payah-payah beratur dah. Terus ke kaunter. Tengok movie apa yang ada. masa tu pukul 8.40. Kami terus beli tiket SCREAM 4. Terus masuk hall sebab wayang da nak mula. Excited sebab tak ramai orang. biasanya penuh je. Sebab hari ni isnin ye;-) Hanya ada 4 pasangan je. 1 chinese couple, yang 1 couple lagi saya rasa wife n hubby jugak. Yang satu lagi couple mcm belia remaja. Saya dan suami yang paling depan antara yang lain.Terasa macam kami berdua je kt dalam tu. Sejuk pon ada sebab orang tak ramai.
Yang nak cerita nya ialah pasal filem ni. Best jugak, tak rugi tengok, sbb jalan ceritanya mudah difahami. dan yang penting saya tak mengantuk. Banyak elemen terkejut2 gitu. Filem ni kan Thriller.Kejap2 saya tutup mata menggunakan tangan suami;-).Macam scream 1,2 dan 3, Scream 4 pun pasal bunuh-bunuh jugak. Awal-awal dah ada yang kena bunuh. Lepas sorang-sorang. Biasalakan, cerita cam ni si pembunuhnya mesti dikalangan mereka-mereka jugak.pembunuh telefon mangsa tanya movie seram apa dorng suka tengok...tiba-tiba pembunuh tu datang dari celah mana pun tak tahu...tiba-tiba je dah tahu aktiviti mangsa bunuh tu...lepas tu bile pembunuh nak kantoi, tiba-tiba hilang camtu je;-) memang susah nk teka sape yang pembunuh tu. mula-mula ade jugak suspek yang 2 orang tu, rupa-rupanya pembunuhnya adalah toooottttttt.orang yang tak dijangka langsung tak boleh cakap kt sini..nanti tak syok lah kt sape2 yang baru plan2 nk g menonton. Jadi, kt sape2 yang takut2, tak ske tgk citer seram2, citer ni ok lagi, tak teringat pun mase nk tidor malam, tak trmimpi2 pon, tak takut pon nk ke dapur sorang-sorang.heeeee;) Selamat menonton.
No comments:
Post a Comment