Friday, April 22, 2011

Teknologi yang melalaikan

Salam semua..semoga hidup kita sentiasa dibawah rahmatNya, sentiasa berada dekat disisiNya..saya juga sentiasa berdoa semoga saya dan suami sentiasa diberi keimanan yang kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran di dalam kehidupan. Betapa takutnya saya jika keimanan yang ada dalam diri semakin berkurang. Nauzubillah..Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kehidupan kami. Hanya padaNya saya berserah dan berdoa.




Tanpa kita sedari, dengan ada nya teknologi pada masa sekarang, pelbagai cabaran perlu dihadapi. Tidak dinafikan teknologi itu sendiri banyak memberi manfaat kepada kita. Yang jauh boleh kita berhubung, yang ada bisnes, boleh majukan bisnes, yang dah lama tak berjumpa, boleh berjumpa, yang tak celik komputer, sekarang dah pandai, anak-anak kecil dah tahu untuk guna facebook, sedangkan sebelum ini, komputer pun belum tentu pernah guna. Kalau dulu, kemudahan hanya diperoleh di Cafe Cyber dengan bayaran RM3 satu jam, sekarang sudah ada yang percuma. di sekolah, di perpustakaan dan sebagainya. di rumah sendiri pun majoriti dah ada komputer riba, paling kurang pun pc. Broadband ada dijual di mana-mana. asal ada duit, kemudahan internet di hujung jari.  

Namun, kalau kita sendiri yang tidak pandai memanfaatkan teknologi yang ada, kehidupan kita akan musnah, bahkan keluarga kita juga.Betapa sayang nya rumahtangga sebelum ini yang aman bahagia, boleh musnah gara-gara kelalaian kita. Internet boleh melalaikan kita manusia yang hatinya rapuh jika kita tidak pandai mengendalikannya.Kalau sebelum ini, bagi isteri, masa yang ada cukup untuk mengemas rumah, memasak, mendidik anak-anak, sekarang ada yang tidak cukup masa kerana asyik berladang di facebook. yang mana kalau kita berladang di bumi nyata, sudah tentu nampak hasilnya.. Janganlah kita asyik berinternet, rumahtangga tidak terurus, kain baju tidak berlipat. Betapa ruginya masa kita. 

Bagi sang suami pula, kalau sebelum ini, di malam hari kita menonton tv bersama keluarga, masa beginilah dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan. bila dah ada kemudahan internet, ada yang asyik mengadap komputer, berfacebook, berforum, berYM dan sebagainya sampai pukul 2-3 pagi. Janganlah kita mengabaikan anak dan isteri. Mereka perlukan perhatian suami. di siang hari bekerja, malam juga menghadap komputer. Masa dihabiskan di hadapan komputer. Jika apa yang dikerjakan memberi faedah kpd keluarga itu tak mengapa. Tapi adakah orang lain tahu apa yang kita buat, saya juga ada terbaca, ramai suami isteri bergaduh gara-gara internet, facebook, chating dsb. Suami jumpa kwn lama, isteri pun juga.Ada yang baru berkenal-kenalan, dan ada juga yang bermesra mesraan, walau pun hanya di atas talian. masing-masing asyik dengan dunia sendiri dan mengabaikan perasaan pasangan. Nauzubillah. Saya memohon pada Allah semoga saya dan suami dijauhkan perkara tersebut. Alangkah bagusnya kita, sekiranya masa yang kita guna untuk face book, YM sampai pukul 2-3 pagi untuk  kita dekatkan diri dengan yang maha Kuasa. Kekalkan hubungan dengan Nya, mengaji, bersolat dan berzikir. Namun yang menyedihkan, ada juga yang meninggalkan, melewatkan solat gara-gara asyik dihadapan komputer.


Bagi ibu bapa pula, kawal anak anda, kerana internet menyajikan pelbagai benda, Banyak yang memberi manfaat, banyak juga yang mendatangkan keburukan. Pada diri kita sendiri, sentiasalah beringat, pilih mana yang baik, mana yang buruk elakkan. Tiap apa yang kita buat, ada balasanNya, kalau baik, Alhamdulillah, pasti ada keberkatan. kalau sebaliknya, cepat2 la berubah sebelum terlewat..
Tidak dinafikan, internet jua tempat kita menambah ilmu, berkongsi ilmu, mencari rezeki dan sebagainya. Namun, yang baik atau buruk kita juga yang pilih dan tentukan. Akhir kata, semoga kita sama-sama menikmati nikmat yang Allah berikan ini ke arah kebaikan dan bukannya ke arah kehancuran diri sendiri, keluarga, dan agama. Wallahualam..Wassalam;-)

* hanya coretan sebagai tanda ingatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan sekalian..

No comments:

Post a Comment