Monday, April 25, 2011

Last nite with my Lovely Hubby

Petang semalam masa ronda-ronda keliling taman naik motor ( menjadi kebiasaan kalau masa petang free) ;-), my lovely hubby tanya nak keluar tak malam ni? saya pon tanya semula, nak ke mane? jom layan movie, kata dia. Jadi selepas solat maghrib, kami keluar ke Melaka Mall, Ayer Keroh.Tengok parking, tak banyak kereta, emm tak ramai orang. Mungkin sebab hari isnin, orang lain dah keluar hari minggu agaknya. kami terus naik lift menuju ke MBO kt tingkat 3. juga tak ramai orang. tak payah-payah beratur dah. Terus ke kaunter. Tengok movie apa yang ada. masa tu pukul 8.40. Kami terus beli tiket SCREAM 4. Terus masuk hall sebab wayang da nak mula. Excited sebab tak ramai orang. biasanya penuh je. Sebab hari ni isnin ye;-) Hanya ada 4 pasangan je. 1 chinese couple, yang 1 couple lagi saya rasa wife n hubby jugak. Yang satu lagi couple mcm belia remaja. Saya dan suami yang paling depan antara yang lain.Terasa macam kami berdua je kt dalam tu. Sejuk pon ada sebab orang tak ramai.






Yang nak cerita nya ialah pasal filem ni. Best jugak, tak rugi tengok, sbb jalan ceritanya mudah difahami. dan yang penting saya tak mengantuk. Banyak elemen terkejut2 gitu. Filem ni kan Thriller.Kejap2 saya tutup mata menggunakan tangan suami;-).Macam scream 1,2 dan 3, Scream 4 pun pasal bunuh-bunuh jugak. Awal-awal dah ada yang kena bunuh. Lepas sorang-sorang. Biasalakan, cerita cam ni si pembunuhnya mesti dikalangan mereka-mereka jugak.pembunuh telefon mangsa tanya movie seram apa dorng suka tengok...tiba-tiba pembunuh tu datang dari celah mana pun tak tahu...tiba-tiba je dah tahu aktiviti mangsa bunuh tu...lepas tu bile pembunuh nak kantoi, tiba-tiba hilang camtu je;-) memang susah nk teka sape yang pembunuh tu. mula-mula ade jugak suspek yang 2 orang tu, rupa-rupanya pembunuhnya adalah toooottttttt.orang yang tak dijangka langsung tak boleh cakap kt sini..nanti tak syok lah kt sape2 yang baru plan2 nk g menonton. Jadi, kt sape2 yang takut2, tak ske tgk citer seram2, citer ni ok lagi, tak teringat pun mase nk tidor malam, tak trmimpi2 pon, tak takut pon nk ke dapur sorang-sorang.heeeee;) Selamat menonton.

Friday, April 22, 2011

Teknologi yang melalaikan

Salam semua..semoga hidup kita sentiasa dibawah rahmatNya, sentiasa berada dekat disisiNya..saya juga sentiasa berdoa semoga saya dan suami sentiasa diberi keimanan yang kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran di dalam kehidupan. Betapa takutnya saya jika keimanan yang ada dalam diri semakin berkurang. Nauzubillah..Semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kehidupan kami. Hanya padaNya saya berserah dan berdoa.




Tanpa kita sedari, dengan ada nya teknologi pada masa sekarang, pelbagai cabaran perlu dihadapi. Tidak dinafikan teknologi itu sendiri banyak memberi manfaat kepada kita. Yang jauh boleh kita berhubung, yang ada bisnes, boleh majukan bisnes, yang dah lama tak berjumpa, boleh berjumpa, yang tak celik komputer, sekarang dah pandai, anak-anak kecil dah tahu untuk guna facebook, sedangkan sebelum ini, komputer pun belum tentu pernah guna. Kalau dulu, kemudahan hanya diperoleh di Cafe Cyber dengan bayaran RM3 satu jam, sekarang sudah ada yang percuma. di sekolah, di perpustakaan dan sebagainya. di rumah sendiri pun majoriti dah ada komputer riba, paling kurang pun pc. Broadband ada dijual di mana-mana. asal ada duit, kemudahan internet di hujung jari.  

Namun, kalau kita sendiri yang tidak pandai memanfaatkan teknologi yang ada, kehidupan kita akan musnah, bahkan keluarga kita juga.Betapa sayang nya rumahtangga sebelum ini yang aman bahagia, boleh musnah gara-gara kelalaian kita. Internet boleh melalaikan kita manusia yang hatinya rapuh jika kita tidak pandai mengendalikannya.Kalau sebelum ini, bagi isteri, masa yang ada cukup untuk mengemas rumah, memasak, mendidik anak-anak, sekarang ada yang tidak cukup masa kerana asyik berladang di facebook. yang mana kalau kita berladang di bumi nyata, sudah tentu nampak hasilnya.. Janganlah kita asyik berinternet, rumahtangga tidak terurus, kain baju tidak berlipat. Betapa ruginya masa kita. 

Bagi sang suami pula, kalau sebelum ini, di malam hari kita menonton tv bersama keluarga, masa beginilah dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan. bila dah ada kemudahan internet, ada yang asyik mengadap komputer, berfacebook, berforum, berYM dan sebagainya sampai pukul 2-3 pagi. Janganlah kita mengabaikan anak dan isteri. Mereka perlukan perhatian suami. di siang hari bekerja, malam juga menghadap komputer. Masa dihabiskan di hadapan komputer. Jika apa yang dikerjakan memberi faedah kpd keluarga itu tak mengapa. Tapi adakah orang lain tahu apa yang kita buat, saya juga ada terbaca, ramai suami isteri bergaduh gara-gara internet, facebook, chating dsb. Suami jumpa kwn lama, isteri pun juga.Ada yang baru berkenal-kenalan, dan ada juga yang bermesra mesraan, walau pun hanya di atas talian. masing-masing asyik dengan dunia sendiri dan mengabaikan perasaan pasangan. Nauzubillah. Saya memohon pada Allah semoga saya dan suami dijauhkan perkara tersebut. Alangkah bagusnya kita, sekiranya masa yang kita guna untuk face book, YM sampai pukul 2-3 pagi untuk  kita dekatkan diri dengan yang maha Kuasa. Kekalkan hubungan dengan Nya, mengaji, bersolat dan berzikir. Namun yang menyedihkan, ada juga yang meninggalkan, melewatkan solat gara-gara asyik dihadapan komputer.


Bagi ibu bapa pula, kawal anak anda, kerana internet menyajikan pelbagai benda, Banyak yang memberi manfaat, banyak juga yang mendatangkan keburukan. Pada diri kita sendiri, sentiasalah beringat, pilih mana yang baik, mana yang buruk elakkan. Tiap apa yang kita buat, ada balasanNya, kalau baik, Alhamdulillah, pasti ada keberkatan. kalau sebaliknya, cepat2 la berubah sebelum terlewat..
Tidak dinafikan, internet jua tempat kita menambah ilmu, berkongsi ilmu, mencari rezeki dan sebagainya. Namun, yang baik atau buruk kita juga yang pilih dan tentukan. Akhir kata, semoga kita sama-sama menikmati nikmat yang Allah berikan ini ke arah kebaikan dan bukannya ke arah kehancuran diri sendiri, keluarga, dan agama. Wallahualam..Wassalam;-)

* hanya coretan sebagai tanda ingatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan sekalian..

Monday, April 11, 2011

Perlawanan Bola Tampar

Semalam hari minggu, suami ada perlawanan bola tampar antara jabatan.dia ajak ikut.  bila difikir-fikir, masih banyak kerja rumah yang perlu dibereskan. tapi fikir semula, mestila kebosanan kalau buat kerja rumah sorang-sorang. tak suke! Jadi, buat keputusan..ikut je la. Perlawanan Bola tampar antara jabatan UTEM. dan dia mestila wakil library.

pukul 8.30 da gerak dari rumah menuju ke Kompleks belia dan sukan Ayer Keroh Melaka. Sebelum tu breakfast dulu;-). kalau tak keluar pagi2 for sure i da masak kt rumah ok! ;-)

Dalam pukul 9 da siap bekfes, terus menuju ke kompleks sukan. ramai dah yang ada. tengah training. perlawanan pun da mula kt dalam hall. tak perasan pula jabatan apa. rupa-rupanya pukul 11 lebih baru team library punye turn. punye la lame..huhu.

Team library dapat ke suku akhir..tp nasib tidak menyebelahi, mereka kalah di tangan team fakulti ape da lupe.. Tapi nak tunggu turn ke suku akhir punye la lama..pukul 6.30 petang baru bergerak balik ke rumah. tu pun yang dapat ke final baru nak mule game. tak tunggu dah sbb bdn pon da penat.

* ape ape pon , saya enjoy the game, walau pun tak main, dapat tgk teamwork dorang yg nk pastikan pasukan masing-masing menang

* referee nye sangat lah garang dan very strict.. hahaha. saya tangkap gambar gune flash pon kena tegur. tak leh concentrate agaknya.;-)

* baru tau nk tampar bola ada caranya..kalau tersilap cara, point mata boleh kt pihak lawan.











eh..nanti upload lagi;)



Saturday, April 09, 2011

I MISS U SO MUCH!

Di mana kamuuu?

ke mana kamu menghilang....

sudah lama aku merindu....

hanya potretmu tanda ingatan...

tinggal mu ada kesan..

namun..hingga sekarang

bayangmu langsung tiada..

ke mana kamu pergi..

adakah mencari yang tidak pasti?

kerna, disini..ada yang pasti..

kesayangan kamu sedang menunggu...

balik la LEO....




























SEKIAN...Moga Leo selamat di luar sana ;-)

Wednesday, March 30, 2011

Drama Korea:Channel One HD 393


* copy dr suami punye; tp membawa maksud yang sama..hahaha (mood: x brape rajin ok!!)
Saya baru saja melanggan Astro Beyond.Terdapat beberapa channel tambahan yang menarik dalam saluran definisi tinggi (HD).Seperti National Geographic HD,Lifestyle HD,AXN HD,History HD dan banyak lagi yang ada HD dibelakangnya(Boleh semak di Web Astro).
 
Tapi kat sini bukanlah saya nak bercerita pasal AstroBeyond.Saya cuma nak kongsi pengalaman menarik yang terjadi pada kami (saya&isteri).Salah satu daripada chanel dalam Astro Beyond telah mencetuskan fenomena ialah One HD Chanel (393).Saluran ini khas untuk peminat drama dan hiburan Korea.Sekarang ini Korea Pop tengah naik.
Saya bukanlah layan sangat drama-drama Korea ni dulu,namun setelah beberapa kali menonton,saya mula mendapati beberapa simptom-simptom keasyikan menular dalam diri saya.Saya merasakan satu keinginan yang amat mendesak untuk terpacak didepan tv setiap kali ianya bersiaran.
Sign - 9.05 malam

Alhamdullilah,setakat ini saya masih mampu menghadapinya.
 
 
Saya berasa risau kerana saya tidak pasti samada ianya sesuatu perlakuan yang normal bagi peminat-peminat drama Korea.Dikhabarkan juga,keasyikan ini lebih mudah melanda kepada wanita.Rakan setugas saya pernah memberitahu yang isteri dan anak perempuannya pernah seharian terpacak depan tv semata-mata untuk melayani marathon drama-drama ini.
 
 
Akhir kata,walaupun saya adalah seorang peminat  kehidupan haiwan dan sejarah (National Geographic/History ) At least saya kini sudah jadi peminat setia Girl Generation.

Friday, March 18, 2011

Yummy!!

Juwita said: Sedapp Na..ko buat..camane ko buat??

-

--

---
Ain said: ..sedap..kak nak resepi..

-

-
-------



:-)




Puding Roti Yummy!!
 
4 sudu butter

1 1/2 cawan gula

5 biji telur

2 cawan susu full cream

6 sudu susu tepung + 2 cawan air

sikit esen vanilla

kismis

Roti 14 keping.
-
--
-------
 
pukul telur, gula dan butter
masukkan susu full cream, susu tepung
masuk esen vanilla..kacau rata
curahkan ke ats  roti yang disusun dalam loyang
rendam satu jam
tabur kismis
bakar 1/2 jam pada suhu 160c
 
Cubalah. Pasti akan ada kali kedua;-)

Friday, February 25, 2011

Cetusan buat suami

Bait-bait indah ni saya jumpa kat satu website dan sangat indah untuk dikongsi..



Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman
Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,

Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

~Author Unknown~

Thursday, February 10, 2011

Cium tangan suami, Kucup dahi isteri

Untuk mekarkan hubungan suami isteri dan cinta yang berkekalan;-)

Isteri tidur di atas lengan suami.

Sebab pelukan suami dapat terbitkan rasa kasih sayang   suami isteri dan isteri lebih hormat pada suami. Kita jadikan ini sebagai amalan, paling kurang 30 minit pada awal  tidur. tp kalau boleh sampai pagi lagi bagus;-) 

Isteri cium tangan suami, suami kucup dahi isteri. 

Sebab bila kita salam tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil. Kan restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun kita juga akan dapat pahala;-) Suami pun dapat pahala jugak kalau dia kucup dahi isteri. Tambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh dipraktik bila nak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan bila nk tidur pon boleh;-)

Suami selalu peluk isteri..Sengaja / spontan.

Isteri bahagia kalau dipeluk suami. Rasa sangat dihargai. Hilang penat dan lelah balik kerja ;-). Masa isteri rehat , masa masak pon boleh. Rasa sayang juga akan terbit dengan ikhlas. bila ada keihklasan, maka kebahagiaan rumah tangga akan lebih mekar mewangi..

Mandi bersama. 

Mandi kan sucikan diri kita. bagus sebagai  amalan suami isteri. praktikalnya, ia rahsia rumahtangga;-)

Doa bila peluk suami / isteri. bagus dibaca untuk eratkan kasih sayang.. 


"Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."

Selamat beramal. Semoga kasih sayang kita berpanjangan. Amin;-)

Wednesday, February 09, 2011

Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Assalamualaikum.

Saya nak kongsi dengan anda semua yang masih belum mengetahui tentang ayat pengasih Nabi Yusof. Marilah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah dan bolehlah  diteruskan. Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak supaya mereka hormat ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.




"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"


Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39







"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"


Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."



Caranya
Setiap kali bertemu atau bersua dengan suami/isteri, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.



*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik

Monday, January 31, 2011

Kek Cokelat

Assalamualaikum..

Siapa kat sini suka masak? Kalau ada masa terluang memang saya suka masak Saya suka tengok-tengok resepi kt internet. Saya cuba-cuba resepi yang baru. Kita juga akan lebih suka memasak kalau ada orang yang menghabiskan apa yang kita masak;-) kalau ada yang puji masakan kita, lagi kita bersemangat nak masak. betul kan, wahai isteri-isteri sekalian..Jadi wahai suami di luar sana, rajin-rajinlah anda puji isteri anda apabila dia sediakan masakan untuk anda. Semangat mereka akan berkobar-kobar untuk memasak kpd anda;-). lebih dia  gembira kalau anda sudi menyinsing lengan tolong dia memasak di dapur. 

Jadi, hari minggu yang lalu, saya dan suami tak kemana-mana, tambah2 sekarang ni musam hujan. Jadi, saya masuk dapur, tengok apa bahan yang ada. apa yang boleh dibuat. cari punya cari, tengok serbuk koko masih berbaki. Jadi saya putuskan untuk buat Kek Cokelat untuk santapan minum petang kami. Tambahan adik ipar pun ada. Bolehla saya menjamu dia sekali.

KEK COKELAT
Sudah tinggal separuh...
Nak resepi? Boleh...

Bahan-bahan:

  1. Tepung gandum 2 cawan
  2. Gula halus 2 cawan
  3. Serbuk koko 2 cawan
  4. Minyak masak 1 cawan
  5. Air panas 1 cawan
  6. Susu pekat 1 tin
  7. Telur 5 biji
  8. Baking powder 1 sudu teh
  9. Serbuk Bikarbonat 1 sudu teh
  10. sedikit esen vanilla
Cara:
Sediakan pengukus. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bikarbonat dalam satu bekas,gaul sebati.  Masukkan gula ditengah2 tepung tadi dan masukkan telur satu persatu. kacau sebati. masukkan susu dan minyak. Kacau. Akhir sekali masukkan air panas. Tuang dalam loyang yang disapu butter. Kukus hingga masak. Lebih kurang satu jam lebih. 

Selamat Mencuba!


Wednesday, January 26, 2011

Khasiat Ayat Kursi

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.


Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.


Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

    ~Semoga ayat Kursi menjadi amalan dalam hidup kita seharian~

Sunday, January 23, 2011

Kasih Sayang Berpanjangan




Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi keizinan untuk saya menitipkan sesuatu di blog ini buat pertama kali. Bukan senang untuk meng'ada'kan masa yang selalu mengejar kita dan kita juga mengejar masa dalam menjalankan tanggungjawab kepada Nya, tugas sebagai seorang isteri dan wanita yang bekerja.

saya mahu bercakap mengenai kasih sayang. apa itu kasih dan sayang? Rasa kasih sayang ialah cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada seseorang yang lain. Atau kepada selain manusia yakni benda-benda dan makhluk-makhluk lain. Contohnya sebagaimana saya telah jatuh kasih terhadap sang Leo (kucing) yang sekarang sudah seminggu menghilangkan diri. Kehilangannya amat terasa kerana saya sudah menganggap dia seperti sebahagian keluarga kami.


Dia lah peneman saya tatkala saya keseorangan ditinggal suami atas urusan kerja.Walaupun Leo tidak boleh berkata-kata dia seolah-olah faham apa yang diperkata oleh tuannya. Tapi itu hanyalah secebis kenangan bersama Leo. Pada mulanya, saya tidaklah menggemari kucing. Disebabkan suami sangat suka akan kucing, dia tealh diberikan kucing oleh kawannya. Dengan itu, mulalah kehidupan Leo bersama kami.

Pada hari pertama, saya amat geram hingga menangis. hahaha.. sebab.. Leo telah membuang najisnya ditempat yang tidak sepatutnya. Di atas tilam kami. Adoi, betapa penatnya saya. Mungkin Leomasih belum membiasakan diri di tempat yang baru. Tapi itu untuk waktu itu sahaja. Leo tidak lagi membuang najisnya merat-rata sebab kami telah membeli 'tandas' untuknya dan disitulah tempat dia 'membuang' tiap-tiap pagi sebelum kami ke tempat kerja. Pernah dulu Leo menghilang selama sebulan. Puas dicari tak jumpa, akhirnya kami melihat kelibat Leo dikawasan kejiranan. Kami bawa Leo balik, keadaannya tidak berapa sihat dan kami bawanya ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Rupa-rupanya Leo demam dan kakinya dijangkiti kuman. berkudis dan busuk. uwekk!.

Tapi kami tetap menjaganya sebab kami sudah jatuh kasih terhadap Leo.Kalau singgah di supermarket, makanan untuk leo juga tidak pernah dilupakan. Syampoo juga tidak lupa. Untuk keselesaan leo dan kami juga. Leo wajib dimandikan pada hujung minggu. Kami juga akan bawa leo balik kampung. tidak sampai hati untuk kami tinggalkan dia keseorangan. takut leo tak pandai cari makan. walhal leo adalah seekor kucing yang secara semulajadi dicipta olehNya untuk hidup sendiri.

Tapi leo bertuah, mendapat kasih sayang manusia sejak lahirnya. Begitulah nilai kasih saying yang Allah berikan kepada manusia. Kasih dan sayang itu seharusnya diharga oleh kita makhluk ciptaanNya yang sempurna. Dengan adanya kasih dan sayang, segala pengorbanan dibuat secara ikhlas dan tiada paksaan. ia akan menimbulkan rasa bahagia di hati kita dan menambah rasa cinta di dalam diri.

Marilah kita sama-sama menghargai org sekeliling kita dengan penuh kasih dan sayang. sayang pada suami. sayang pada isteri. sayang pada ibu bapa. sayang pada saudara. Saying pada semua makhuk ciptaan Nya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri”

semasa Leo sakit kaki;-)



Makhluk Allah yang dikurniakan perasaan ingin dimanja



Missing and wanted!